Monday 16 January 2012

Mesyuarat AJK Sekretariat ESP KPU

Assalamualaikum,

Semua AJK Sekretariat ESP KPU dengan hormatnya dijemput ke mesyuarat bulanan pada:

Tarikh :18 Januari 2012
Hari: Rabu
Jam:8.15 Malam
Tempat:Dewan HPA Aman Jaya

Agenda Penting:
1-Penambahbaikan Modul PKLP 2012
2-Menentukan Penceramah PKLP

Semua AJK diminta tidak menguzurkan diri.

Setiausaha Sekretariat ESP KPU,
PJS Mohd Aseri Bin Hanapiah

Akurjanji PJS ditunda

Assalamualaikum,

Makluman untuk semua PJS Malaysia,

HQ baru memaklumkan Akurjanji PJS pada
 4-6 Februari ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.Maaf atas kerumitan.

Isma,SU SKEMA.

Wednesday 11 January 2012

Akurjanji PJS

Insentif Cabutan Bertuah Awal Tahun




Sekretariat ESP HPA Official
Salam perjuangan. Antara resolusi yang telah di capai di Mesyuarat Sekretariat ESP Malaysia (SKEMA) Ke 8 semalam Selasa, 10 Januari 2012/16 Safar 1433H di Serambi Medinah Kg Changkat Lada, Perlis, maka diumumkan Insentif Cabutan Bertuah Awal Tahun 2012! Para pengedar perlu maintain secara bulanan atau timbunan untuk bulan Jan, Feb dan Mac 2012 untuk peluang memenangi pelbagai jenis produk berjenama:-


1) 100nm/bulan atau timbunan 300nm utk 3 bulan - peluang memenangi 200 unit barang elektrik atau
2) 200nm/bulan atau timbunan 600nm utk 3 bulan - peluang memenangi 60 unit Smartphone atau yang setaraf atau
3) 300nm/bulan atau timbunan 900nm utk 3 bulan - peluang memenangi 30 unit Samsung Galaxy Tab atau yang setaraf.


Semoga insentif ini dapat menjadi pencetus kebangkitan ekonomi dan semangat juang warga HPA bagi tahun 2012 insyaAllah. Seeru aala barokatillah. Teruskan dengan penuh keberkatan dari Allah.


MII, Setiausaha SKEMA

Saturday 7 January 2012

Kampung HPA Serambi Madinah

 


Page Rasmi Syarikat

 Sumber: FB Pemasaran Al Wahida


Jika ANDA MEMILIKI atau MEWUJUDKAN Page/Group dengan nama HPA Industries Sdn Bhd atau Herba Penawar Al Wahida atau Al Wahida Marketing Sdn Bhd, minta jasa baik pemilik page/group tersebut agar menukarkan nama Page/Group kepada nama lain atau dengan penutup akaun tersebut. 


Ini dilakukan supaya ahli-ahli HPA tidak terkeliru dengan pelbagai kewujudan Page/Group bukan dari pihak Syarikat. Maklumat yang sah hanya boleh dilihat di page rasmi syarikat iaitu HPA Group of Companies (ORIGINAL) atau Al Wahida Marketing Sdn Bhd (ORIGINAL). Harap beri kerjasama. sekian terima kasih.

Monday 2 January 2012

Mesyuarat Team PKLP Sg Petani

Semua AJK Team PKLP Sg Petani dan semua PJS 

dijemput  menghadiri mesyuarat pada:

3 Januari 2012 (Selasa)

Jam 8.30 mlm

Bertempat di Caw HPA Aman Jaya