Monday 24 October 2011

Perhatian Penting Untuk PJS,PPJS dan Peserta PKLP 26/10/2011

Assalamualaikum...

Diminta kepada semua PJS,PPJS.Para Pemimpin dan Bakal Peserta Program Laluan Khas Ke Puncakjaya (PKLP) memberi perhatian serius kepada perkara-perkara di bawah:

1-Diminta para peserta datang awal kerana pendaftaran akan bermula pada jam 7.30 pagi - 9.00 pagi.Pendaftaran awal dapat mengelakkan kesesakan di saat akhir.

2-Kaunter pendaftaran khas untuk peserta dari Thailand akan dibuka.Petugas di kaunter ini terdiri dari petugas yang mahir berbahasa Thai.

3-Peserta proksi sama sekali tidak akan dibenarkan dan pendaftaran mestilah bersama kad pengenalan peserta.Diminta pemimpin atau penaja peserta mengingatkan rangkaian masing-masing bahawa pendaftaran bersama i/c.

4-Peserta 'walk in' hanya diterima menjadi peserta jika ada kekosongan tempat selepas sesi pendaftaran.

5-PJS dan PPJS juga disediakan satu meja kaunter khas untuk mendaftarkan kehadiran.

6-Jam 12.00 tengahhari-2.30 petang hanya dikhaskan untuk peserta PKLP membuat belian untuk maintain sahaja.Agen Stok tidak dibenarkan membuat belian pada waktu itu bagi memberi laluan selesa kepada peserta PKLP membuat maintain.Peserta PKLP yang tidak sempat maintain pada waktu itu boleh berbuat demikian pada jam 5.00 petang.

7-Tidak dibenarkan membawa makanan masuk ke dalam hotel (Peraturan Hotel)

8-PJS,PPJS,AJK PKLP,Para Peserta atau ahli keluarga yang mengiringi peserta adalah tidak dibenarkan mandi atau berkelah di tepi kolam di dalam kawasan hotel (Peraturan Hotel).

9-10 cabutan bertuah akan dibuat di sebelah pagi dan 20 cabutan bertuah yang istimewa akan dibuat di sebelah petang.

10-Sebarang masalah atau pertanyaan semasa PKLP sedang berlangsung,sila rujuk kepada urusetia bertugas.

Makluman dari: Unit Penerangan dan IT PKLP

No comments:

Post a Comment