Friday 7 October 2011

PERUTUSAN KHAS DARI PENGERUSI SEKRETARIAT ESP KPU

PERUTUSAN KHAS DARI PENGERUSI SEKRETARIAT ESP KPU
PJS CIKGU MOHD NADZRI BIN AHMAD

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
DISEMBER 2005 telah berlalu dan tercatat dalam  tinta sejarah kecemerlangan HPA bilamana program PBC diperkenalkan .Ramai usahawan baru berpendapatan 4 dan 5 angka dilahirkan . Sesetengahnya Berjaya mencapai pangkat tertinggi serta layak menerima pelbagai bentuk insentif termasuk pakej pelancungan dalam dan luar Negara,mengerjakan umrah serta hadiah mobil proton .
Berakhir era PBC dipenghujung tahun 2010 muncul pula program baru   ESP (EKLUSIF BERSAMA PENGARAH URUSAN) dengan moto ‘Kecukupan Produk Halal Tanggungjawap Bersama’.
Sambutan terhadap program ESP amat membanggakan setiap kali dianjurkan telah dihadiri lebih dari 1000  peserta. Rekod di unit data HPA merakamkan terdapat lebih daripada 93 ribu pengedar berpangkat PLX .Sebahagian besar yang berpangkat PLX ini diyakini hasil dari program PBC dan ESP.
Sekeriat ESP Malaysia telah melontarkan satu idea dan telah dipersetujui bersama oleh pengarah urusan 1 Tn Hj Ismail Ahmad mengenengahkan program khas Laluan ke Puncak Jaya (PKLP).Program ini dijangka mampu  melonjakkan pangkat dan bonus para pengedar ketahap yang lebih tinggi dalam masa yang singkat.Pada masa yang sama HPA mengistiharkan piagam pelanggannya ‘TIADA HARI TANPA KOPI RADIX’.
Bangunlah wahai pejuang! Mari kita berganding bahu seia- sekata demi cinta kasih kita kepada ummah .Kita memiliki kekuatan barisan kepimpinan PJS,PPJS dan seluruh waga HPA serta para petugas yang setia bersedia menggempur pasaran serta mempertahankan HPA.Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.Kita umpama batu bata yang disusun dan diikat kemas sehingga terbina HPAIC hasil dari lelehan keringat dan air mata..Inilah lambang kegigihan  perjuangan kita yang bakal diwarisi  oleh generasi Umat Muhammad di masa depan .”Ayuh kita gempur pasaran produk halal di PKLP  15 Okt 2011”. Satu HPA – Satu PERJUANGAN—Satu UMMAH .   GEMPUR! RADIX   Insyallah
WASSALAM .


No comments:

Post a Comment