Monday 28 November 2011

Harapan Maal Hijrah dari Presiden KPU merangkap Pengerusi Sekretariat ESP KPU

PJS Cikgu Mohd Nadzri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Segala Puji hanya untuk mu Ya Allah, Selawat Serta Salam ke  atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda, Sahabat-Sahabat dan  seluruh warga HPA yang dikasihi sekelian.

    Pada hari penuh keberkatan bersempena Sambutan Maal Hijrah 1433 ini, marilah sama-sama kita menadahkan  tangan  dengan setinggi pengharapan agar dilimpahi kurnia, inayah, taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

    Saudara-saudaraku,  marilah sama-sama kita memohon agar pengertian falsafah serta semangat hijrah terus subur di hati sanubari kita . “Ya Allah hidupkanlah hati-hati kami, gerakkanlah amalan dan fikiran kami untuk Cintakan amal makruf. Berhijrah daripada segan kepada rajin dan sedia berkorban. Berhijrah daripada kejahilan kepada berilmu pengetahuan. Ya Allah  semoga  kami dapat menempuh kehidupan yang lebih baik dan terarah sebagai khalifah di muka bumi ini.”

Sahabat-sahabatku sekelian,

Marilah kita jadikan lipatan tahun ini pembuka bagi kejayaan kita bersama. “Ya Allah jauhkanlah kami dari kerungsingan, pengalaman yang menyedihkan lagi menyempitkan dada kami. Kurniakanlah kami keselamatan agar terhindar dari sebarang kekusutan,  kebuntuan dan kehancuran.”

   Terimalah hakikat bahawa kita sebagai hamba tidak akan dapat mengetahui apa-apa yang terjadi di sebalik yang tersirat. Yang dilihatnya hanyalah yang lahiriah sahaja sedangkan hal-hal yang  tersembunyi hanya Allah yang mengetahui.

   Betapa banyak cobaan dan ujian berubah menjadi anugerah dan betapa banyak pula bencana yang kemudiannya bertukar menjadi nikmat.
 
“ Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…  Cucurilah Rahmat ke atas roh sahabat-sahabat kami  yang telah kembali ke sisiMu, sesungguhnya mereka amat berjasa kepada perjuangan memartabatkan produk halal Ummah.”

   Tiada kunci yang tidak akan dibuka. Tiada ikatan yang tidak akan dilepaskan. Tiada kejauhan yang tidak akan mendekatkan. Tiada orang bepergian yang tidak akan sampai. Hanyasanya semua itu ada saatnya yang telah ditentu dan ditakdirkan oleh yang maha kuasa maha pencipta.

    Mari kita pertahankan gagasan ummah ini demi kelangsungan perjuangan memartabatkan Produk Halal Tanggungjawab Bersama.  1  HPA, 1  PERJUANGAN, 1 UMMAH.

UMMAH CEMERLANG ISLAM GEMILANG.
 
Wassalam
 
 
 

No comments:

Post a Comment