Monday 14 November 2011

Satu Muhasabah Dari Penasihat Sekretariat ESP KPU


PJS Tuan Haji Azizan bin Ahmad
(Penasihat Sekretariat ESP KPU)

Assalaamualaikum,

       Untuk Semua PJS, PPJS dan seluruh warga HPA dikawasan pengendalian KPU. PKLP yang telah kita laksanakan di Dewan Omar mokhtar baru2 ini mendapat sambutan yang tidak memberangsangkan. Hanya 45% peserta yang mendaftar hadhir. 

      Sila ambil perhatian supaya merancakan program menggempur PKLP dikomuniti masing2 serta memastikan mereka2 yang mendaftar hadhir pada hari PKLP diadakan. Program PKLP setakat ini yang diadakan dizone2 lain mendapat sambutan yg sungguh menggalakan. 
       Pihak sekretariat sedang berusaha untuk mengadakan pembaikan serta menggerakan komuniti2 bagi memastikan kejayaan Program. Ayuh kita bersatu untuk mengajak masyarakat kembali kepada produk halal serta bangunkan ekonomi ummah.
      Minggu depan pada 19 hb November PKLP di Shahab Perdana, kita sasarkan peserta sebanyak 300 0rang. Utamakan menghadhirkan org baru dengan tidak mengenepikan org lama walaupun dah berpangkat, supaya mereka mendapat suntikan semangat baru untuk membina rangkaian melalui program PKLP.
      Saya yakin KPU punya cukup pejuang untuk menghadirkan peserta sebanyak itu. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk kita.

1 HPA, 1 PERJUANGAN, 1 UMMAH!

No comments:

Post a Comment